ye lah kita membesar kat situ kan . masa tu kita dah dapat beza mana yg baik mana yg buruk kan . atas diri sendiri pulak nak pilih .
form 1 ; sangat baik .
form 2 ; initial jahiliyah . zaman taaruf dengan benda2 jahat .
fom 3 ; memang zaman jahiliah gila . segala benda jahat aku buat . hehe . peraturan mana je aku tak langgar , tapi tu yang best . bila ingat balik . haha sumpah gelak sesorang .
fom 4 ; dah start muhasabah diri u_u haha masa tu paling susah bila nak pilih antara kelas sains or kelas akaun . masa tu jugak baru sedar and pikir balik 'ape la yg aku dah buat masa fom3 tu...tak patut betul' rasa macam tok cidik sangat . tapi all that aku amik sebagai pengajaran laa . jangan ulang lagi . bak kata orang tua2 Yang buruk jadikan teladan Yang baik jadikan sempadan . Fom4 , bila dah involve dengan aktiviti Ko , belajar pulak aku tinggal --' tak balance langsung . si bapak haruslah risau . mana tak aku asyik dapat yg ehemm . least scorer . haha tapi benda tu jugak yg buat aku bangkit dengan gahnya masa
fom 5 . hehe *bajet* .
kalau tak rasa peritnya gagal tak rasa pulak nikmat kejayaan . pada aku laa . kita rasa dua2 , gagal n bjaya ,so kita ade reason kukuh utk pilih yg mana yg kita nak . masa fom5 abah ade offer tukar sekolah , pegi sekolah harian biasa , sebabnya , nak amik subjek lukisan kejuruteraan . as for preparation utk amik architecture ni . nampak tak parents tu dah pikir siap2 dah jalan hidup kita , bukan setakat pikir , dia buat persediaan lagi . tapi tu lahh , sayang nak tinggal sekolah maahad . maka aku tolak offer abah and stay at maahad . nak stay maahad , memang kena struggle laa . tak boleh malas ! budak maahad ni pun independent tau , ingat sekolah korang jek ? lol
tambah pulak bila dapat balance-kan antara akademik and Ko , aku rasa puas hati sangat . Orang pun respek . bukan nak cakap aku ni disanjung tapi orang tak perlekehkan diri kita . masa belajar kita belajar masa main kita main . senang je konsepnya . atas diri sendiri nak apply ke tak konsep tu .
dan semua kenangan masa sekolah , insyaAllah akan sentiasa aku ingat :)
No comments:
Post a Comment