assalamuaalaikum semua :) kalau sudi follow keyh ? kalau x suka boleh blah . haha . wassalam :)

Wednesday, 31 October 2012

le result :3

tak lama lagi result exam keluar . hummm . cano la result tu . kalo kat sekolah orang kira A . kat U ni pakai pointer la pulak . harap2 dapat result yg cemerlang ~
tak dapat 3.6 pun takpe asalkan dapat dean's list . kalo dapat 3.7 - 3.8 - 3.9 pun takpe jugak ~ hehe
serius ohh takut . tapi macam biasalah aku ni takde perasaan sket . skarang tak rasa debar2 lagi . hee . ni utk sem 1 . kira first la aku dapat result kat U ni.
lagipun nak exam ritu kemain rilek lagi aku . orang lain struggle gila2 sampai stress . aku keluar exam tu baru stress keh nyo xbaco leww . hehe .
tapi serius ahh , budak science jumpa economy memang tak ngam leww . aku takde basic kot dgn kakah tu . basic addmath fizik chemy ada laaa . hum hummm :3
subjek lain ? okeyyyy . kot ~
aku dah mula rindu cfs . huwaaaa . duk situ aman kot . takde sape kacau aku . aman damai sentosa sejahtera . stress belajar , #ituperkarabiasa . HIHI
dah tak lama dah nak balik cfs . tapi yang tak best kena belajar . kalo bab jejalan outing memang best (Y)
pegi kali ni , bulan Januari 2013 pulak aku balik . wuuu dah 2013 ~
okayy lahh selamat satu haribulan november duaribuduabelas :)

Tuesday, 23 October 2012

Kayy Eylll ~

nak coretkan kisah mula2 datang ke ibu negara malaysia terchenta , Kuala Lumpur ni .  hmm , mula2 datang siyes rasa macam budak kampung gila . kekeke . taktau pape . padahal bukan tak penah datang , tapi dah agak lama tinggal tempat ni . bermastautin di negeri serambi mekah tu sesungguhnya lebih tenang .

Minggu pertama duk kat sini , destinasi pertama utk dijelajahi ; Sunway Pyramid . bayangkan cuma aku dan kawan2 seangkatan aku jek yg pakai baju kurung . others ? paham2 sendiri . masa tu agak tekejut jugak . hahaha . ye lah sebab kat kelantan yg namanya bandar Kota Bharu tu dipenuhi dengan orang yg pakai baju kurung , so tak la rasa awkward sangat . not to say yang tak pakai baju kurung tu jahat . cuma nak bagitau suasananya macam mana . urmmm . mungkin bagus jugak kat kelantan tu takde wayang . kurang tempat utk budak2 buang masa . haha .

hari demi hari hidup kat sini , macam2 pengalaman dan suasana baru aku dapat kenal . dan macam2 jenis orang aku jumpa . kalau di kelantan , secara typical orang2 kelantan tu latar belakangnya banyak berteraskan agama . walau tak kuat , tapi cukup utk buat anak2 tu tak jauh menyimpang . kat sini , macam2 simpang ! sikap orang sini yg paling ketara , pada diorang , apelah sangat duit tu . untunglah kat sini aku dapat roomates yg sederhana macam aku . heww . kalau tak , mau pokai aku kalau hidup cara orang kaya nei . haha . ramai jugak yg terpengaruh , bila orang di sekeliling kaya , tak kan kita nak dengan gaya 'kampung' kita ni kann . dipijaknya kita nanti . tak pecaya ? rasa la sendiri bila masuk U nanti :P

roomates aku semua orang Johor . so , masa mula2 datang tu memang keras lahh lidah nak translate ke bahasa kayy ell neh -___- haha . aku rasa roomates aku mesti nak gelak bila dengar aku cakap . tapi nak jaga hati aku , diorang buat dek je . kekeke . kalo ikut , malu jugak wuuu ~ ye laa dah lama gila tak cakap bahasa luar . 3 tahun lebih . lama2 dah biasa . siap orang cakap aku memang orang selangor lagi . kekeke .

ohh ye satu lagi yang aku perasan , orang KL ni bahasa kedua dia ialah bahasa omputeh . dan yang buat aku agak geramm bila diorang cakap orang kelantan ni xreti speaking . what the -____-   dan sebab tu lah , before menjejakkan kaki kat sini , aku mengasah skill2 speaking aku . kekeke .aku nak deny ape yg diorang cakap pasal orang kelantan . ditambah satu advantage bg budak2 maahad ni , arab , memang diorang salute ahh ~ hehe . aku yg paling teruk BA masa kat skolah dulu , tapi kat sini , scorer . haha. macam hape . nampak tak arab kat sini senang ?? berbalik pada BI , even makcik cleaner n pakcik maintainance pun boleh speaking . haaa , lawey ?? dop kea ~ so make yourself well prepared with english kayy ;)

ahh panjang sangat ni . okayy . we'll proceed in le next post . kekeke :P

Sunday, 21 October 2012

TENSI SEDIKIT :P

things that i really damn hate ; gaduh .
gaduh gurau2 okayy . yg tak okayy sebab gaduh berebut perempuan . what the -_____-
dah macam takde benda lain nak direbutkan . jodoh kat tangan tuhan kan . and we're still youngggg >.<
bila gaduh , yg banyak ilmu ni siap keluarkan hadis segala bagai . dan mula la prejudge orang . dah rasa hebat sangat mungkin ? hahaha . btw , scholars wouldnt say that he's brilliant as scholars is kind of humble .
and whats the purpose of making things become worst ? dapat faedah ke kalau membesarkan masalah kecik ? benda kecik kalau dibesarkan boleh bawak kpd pergaduhan . bila gaduh , benda kecik tu akan relate-kan macam2 benda . masa tu , dah tak nampak dah yang baik , semua serba tak kena .
sometimes , things are better be kept , not to be spread . though it can make you glad , yet it can make things bad .
and try to understand others too . jangan pentingkan diri .
dalam nak buat sesuatu keputusan , fikirkan jugak consequence of taking that step of decision . mungkin kita rasa tu yg terbaik utk selesaikan masalah kita , padahal tu lah yg menjadi punca masalah orang lain .
dan jangan samakan diri kita dengan orang lain . rambut sama hitam hati lain2 kann kannn ?? cara hidup lain cara fikir lain cara makan minum senyum gelak cakap semua lain . kalau tak dapat paham at least try to accept .
so please , jangan gaduh gaduh .

Saturday, 20 October 2012

apakah itu CINTA

Setahun sudah ku menunggu diri mu 
Akhirnya kau menjadi milikku 
Susahnya untuk ku melupakan mu 
Kerna kau ku cintai selalu 
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu 
Datang kembali mengenang cinta dahulu 
Mengapa ini semua harus berlaku 
Apakah ini semua kerna diri ku 
Sedangkan aku pernah watak dalam percintaan 
Tak sanggup aku melepaskanmu 
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan 
Tak tahu mana arah untuk kau menuju 
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu 
Datang kembali mengenang cinta dahulu 
Mengapa ini semua harus berlaku 
Apakah ini semua kerna diri ku 
Sedangkan aku pernah watak dalam percintaan 
Tak sanggup aku melepaskanmu 
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan 
Tak tahu mana arah untuk kau menuju 
Andai kau pinta untuk melepaskan mu 
Terpaksa aku turutkan 
Mungkinkah ini suatu pengajaran 
Di dalam percintaan

Friday, 19 October 2012

lalala suka suki


Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu ku memikirkannya
Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau pelepas sepi cuma
Seumpama dedaunan
Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta

i love u mrs arrogant

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini